)*.:: heart kOrang ::.*(

Wednesday, January 12, 2011

My Convocation Date! (^_^)\/


Assalamualaikum..=D
nampak gambar atas nie! berita gembira untuk ku & also kawan2 ku yang akan bergraduasi x lama lagi.
Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir aku di USM, jadi menamatkan pelajaranku di sini dan bergraduasi dengan cemerlang adalah impianku dan semestinya kawan2 ku jugk.


Tak sabar rasanyer nak habis, tapi bila dah habis mesti akan merindui saat bila belajar kat USM. Percayalah! aku mesti akan rindu saat2 selama 3 tahun aku kat sini. segala pahit manis, suka duka aku dengan kawan2 aku.
Family jauh, kawan2 lah tempat aku nak hilangkan kesunyian dan kerinduaan aku pada family.
Ceh! sebenarnya aku nak beritahu tarikh konvokesyen aku.
InsyaAllah kalau aku dapat menamatkan pelajaran degree aku, aku akan grad pada tahun 2011 iaitu pada tarikh:

Upacara Konvokesyen Ke-44 akan diadakan  pada 21, 22, 23, 24 dan 25 September 2011 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.  Turut diadakan ialah  Perasmian Ekspo Konvokesyen pada 20 September 2011, jam 11.00 pagi  di Dewan Budaya USM; Majlis Santapan Tengah Hari bersama Pemimpin Pelajar pada 20 September 2011, jam 1.00 tengah hari di Panggung Palenggang Cahaya, Kompleks Graha Seni USM dan Majlis Santapan Malam Canselor pada 20 September 2010, jam 8.30 malam di Panggung Palenggang Cahaya, Kompleks Graha Seni, USM Pulau Pinang.

Aku berharap sem akhir ini akan berjalan dengan lancar untuk aku habiskan pelajaran ku dan siapkan final projek aku dengan jayanya. Doakan k! InsyaAllah aku akan bergraduasi pada tahun ini pada bulan 9. Amin~
Dan aku berharap dapat memakai jubah dengan gembiranya!
Korang2 sumeer dijemput hadir yer untuk memeriahkan upacara konvokesyen tue!
jangan lupa bawak hadiah untuk aku! hahaa!

Macam beserla, orang yang wajib akan melihat aku dalam dewan untuk ambil segenggam ijazah adalah ibuku yang banyak berkorban untuk aku, dan juga ayahku.
Nie sajalah aku dapat beri untuk gembirakan ibubapa aku. Aku akan cuba sedia upaya semester ni. InsyaAllah. Guys! doakan aku k.

& Mohd Safiq Abdul Jalil,anda pun wajib hadir yer. So pls minta cuti awal2 pada masa nie.. heee!
(special request)

p.s: Strive hard for this final semester! Let your parents to be proud of you on the stage of DTSP in September! 

0 comments:

Post a Comment