)*.:: heart kOrang ::.*(

Thursday, January 13, 2011

Kena halau dengan LA!

Hiasilah hari2 dengan pelangi2 indah, terbanglah seperti rama2 bebas untuk menikmati hidup ini.
Kerana hidup adalah pendek, hargailah ia dengan kenangan2 dan apabila kita inginkan kenangan, jadilah  rama2 yang bebas terbang untuk mencari kenangan tersebut.
Jangan takut untuk membuat silap. Tapi dalam bebas terbang ingatlah penciptamu iaitu Allah s.w.t yang memberi segala nikmat tersebut.

Assalamualaikum sume!
Wah rni hari yang memenatkan bagi saya. Yerla pagi dah wat eksperimen tuk FYP aku tue.
FYP aku tue pasal keupayaan keladi bunting atau nama omputehnyer water hyacinth untuk menyerap heavy metal and metal yang aku guna untuk kajian adalah Copper.
So, pagi2 lagi terpaksalah aku berkorban demi si keladi bunting ku, kena siram dia bagi dia sihat. Haha!
Macam nielah keje2 aku seharian selepas nie yer kawan2.
dah jadi cam pekebun lah pulak aku nie. Tapi pekebun yang pakai labkot k! sweet and cumil ckit! 
Puji diri sendiri tue penting yer anak2. Haha! gurau jew! =)

Then, lepas tambah air dalam basin si keladi bunting terpaksa lah aku tunggu 1 jam sebelum aku boleh ambik sampel. Kenapa tunggu 1 jam? Sebab nak bagi air tue homogeneous dengan solution heavy metal tue.
Haha! cam master student pulak.

Disebabkan aku kena tunggu kawan aku, Cik Firah pergi tanya Lab Assistant (LA) macam mana nak guna mesin2 tuk experiment dia, aku pun masuklah lah lab untuk mengambil dionizer untuk pokok2 ku.
Esok senang , xyahlah pagi aku nak tergopoh and gapah lagi. Heee!
Dengan membawa tong distilled water, aku pun masuklah ke lab.
Lab assisstant iaitu En. Fadzli yang ada kat situ pun cakap, "budak nie kalau datang sini xde keje lain la, dionizer jer. Habis lah air aku macam nie".
Hampa sebab aku xleh ambil dulu dionizer tue. Sebab xpenuh lagi.

sO, aku pun borak2 lah dengan LA kat ctu. Tibe2 En. Fadzli yang jugak merupakan pengurus LA kat Situ pun tegur aku, begini yer lebih kurang perbualan kami, sila tengok bawah:

En. F : Buat lab lagi ke harini?

Aku : Tak buat lab harini. esok pulak.  (dengan penuh pelik nyer - yerla dia xpernah tanyer soalan cam tue kat aku)

En. F :   Betul ni? ingat kalau buat lab nak HALAU jew.

Aku : Haa? nape? (tersengih and buat muka pelik and gelak) 

En. F :  Tue kasut tue?

Aku : (Tengok bawah) haha! 

rupernyer aku pakai sandal, patutlah dia nak HALAU aku kalau aku buat lab.
Hehe! LA kat situ semuanya peramah2 belaka. hehe! and diorang pun sangat2 membantu bile ktyorang perlukan pertolongan. nice work LA, keep it up! *thumbs up*

last2 aku buat jugak lab ritu, tapi buat lab di kebun ku si keladi bunting. ceh!
beria2 aku nyorok2 dari En. Fadzli coz takut dia nampak aku.
Yerla bawah pakai sandal tapi atas pakai baju labkot yg ku pinjam dari kwnku.
Memang pelik! 
Kalau ikutkan memang salah wat camtue.

Aku pun masuk lab and curi2 bawak kuar radas2 yang perlu aku guna, and buat filtration untuk sample kat kebun ku. Cayalah! 
Syikin memang jahat. hehe!

Labkot tak bawak, kasut tak pakai macam mana nak buat eksperimen syikin o0i!

p.s: tolong ingatkan aku bak kata Ana Raffali untuk bawak labcoat dan pakai kasut sebab tiap2 hari aku kena ambik sample si keladi bunting. Ceh! Ahad pun kena. terpaksalah aku jalan kaki ke lab. bas tak de. tidak!!!

0 comments:

Post a Comment